Pages

Sunday, 1 April 2012

                               BAB 9: KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


                             KEPADA: DR. AHMAD SAHIDAH

PENSYARAH SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA KUMPULAN C


         DISEDIAKAN OLEH: NUR FAEZAH BTE MUSLIM


Masalah merupakan suatu perkara yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia dan merupakan suatu aspek yang tidak boleh dipisahkan dari manusia.  Setiap manusia tidak kira bangsa, agama ataupun pangkat pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah untuk melalui rencah kehidupan seharian mereka yang penuh cabaran.  Sesuatu masalah yang diberikan kepada setiap manusia merupakan ujian Allah kepada hamba-hambanya, ianya bergantung kepada manusia itu sendiri bagaimana ia menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.  Setiap penyakit pasti ada ubatnya, begitu juga masalah, setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya sama ada penyelesaiannya bersifat negatif  ataupun positif. 
            Setiap hari manusia pasti akan membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.  setiap masalah yang dihadapi adalah berbeza-beza mengikut situasi dan penyelesaiannya juga berlainan.  Satu perkara yang sama adalah bagaimana masalah tersebut diselesaikan.
 
DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses yang kognitif di mana pelbagai maklumat akan digunakan sebagai usaha untuk mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat.  Torrence (1973), telah mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai:
            “ proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini menyebabkan seseorang individu itu mencuba untuk mencari jalan penyelesaian, mengubah andaian dan mengubah kehidupannya.”

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Setiap masalah yang dihadapi perlu diterima dengan penuh kesabaran, jika kita tidak sabar untuk menempuhinya, kita pasti akan berhadapan dengan tekanan hidup yang mungkin boleh menyebabkan individu-individu yang berkenaan mengambil tindakan-tindakan yang negatif kerana merasakan masalah yang dihadapi tidak mampu untuk diselesaikan.  Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat cirri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesaian masalah.  Terdapat empat cirri penting yang diperlukan dalam diri setiap individu bagi membolehkannya menjadi seorang penyelesaian masalah yang berkesan.  Ciri-ciri tersebut adalah:
*      Untuk menyelesaikan masalah kita perlu mempunyai motivasi yang kuat
-          Motivasi yang kuat diperlukan untuk menyelesaikan masalah bagi membolehkan individu tersebut dapat mengatasi setiap kesukaran yang wujud.  Mereka juga perlu bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan kesukaran yang dihadapi dan menganggap segala halangan yang wujud merupakan cabaran bagi membolehkan mereka untuk menyelesaikan setiap masalah dengan jayanya.

*      Mempunyai trait yang positif
-          sifat-sifat peribadi individu itu sendirilah yang akan membolehkannya mencapai kejayaan dalam menyelesaikan masalah yang wujud.  Mereka perlu bijak untuk mengawal emosi dan menunjukkan minat yang mendalam, perlu cerdik dan pintar, tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi dengan mudahnya dapat memahami dan menangani masalah yang wujud.  Ini adalah kerana masalah yang rumit memerlukan pengetahuan yang saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi untuk menyelesaikannya.

*       Mempunyai jati diri
-          Individu penyelesai masalah itu sendiri perlu melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan dan perlu sedar tentang kekurangan dan halangan yang akan dihadapi dalam menyelesaikan masalah.  Mereka perlu mempunai tahap keyakinan diri yang tinggi dan mampu menguasai situasi yang mungkin timbul.  Mereka juga perlu sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.

*       Membina Kemahiran
-          Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan berbagai-bagai teknik dan model dalam menyelesaikan masalah yang wujud.  Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang telah dikemukakan iaitu model penyelesaian masalah yang menggunakan enam langkah (chang dan Kelly, 1993) dan model penyelesaian masalah yang menggunakan lapan langkah (Francais, 1990).

KATEGORI MASALAH
Terdapat enam jenis kategori masalah:
(I)                MISTERI
-          Situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa/ diharapkan

(II)             TUGASAN
-          Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas yang memperincikan kriteria2 yang perlu disertakan dengan objektif pencapaian.

(III)          TIDAK PASTI
-          Tidak tahu penyelesaian/jawapan kepada masalah tertentu mengikut situasi.

(IV)          DILEMA
-          Situasi yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.

(V)             PELUANG
-          Perkara yang paling penting tentang peluang adalah ia akan membawa keuntungan.

(VI)          KESUKARAN
-          Terdapat perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan.





KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Langkah 1: MENDEFINISIKAN MASALAH
Langkah 2: MENGKELASKAN MASALAH
Langkah 3: TENTUKAN OBJEKTF
Langkah 4: TENTUKAN UKURAN KEJAYAAn
Langkah 5: KUTIPAN DATA
Langkah 6: MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah 7: MELAKSANAKAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL


PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
Melibatkan proses empirical induktif:
(I)                Mengadakan  Hipotesis
(II)              MEngumpul Maklumat
(III)           Membuat Kesimpulan
(IV)           Penyelesaian secara kreatif/ lateral


PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN
Konsep kecerdasan emosi (EQ) tidak menekankan kepada kepintaran/ pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan cirri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Salovey, menyatakan bahawa kecerdasan emosi mengandungi lima dominan utama iaitu:

(I)                Kebolehan mengetahui emosi sendiri
(II)              Kebolehan dalam meningkatkan motivasi
(III)           Kebolehan mengenal emosi orang lain
(IV)           Kebolehan menjalin persaudaraan



PENYELESAIAN MASALAH SECARA HUKUM ISLAM
Mempunyai 2 corak yang popular jika menggunakan penyelesaian secara islam
(I)            PENDEKATAN HUKUM
- Penyelesaian masalah islam yg bersifat rasional & intelektual.
-        Tegas & keras

(II)          PENDEKATAN SUFI
-         Bersifat moral & spiritual
-         Lembut & lunak
-      Memerlukan kefahaman tentang hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.
-   Berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yg melibatkan dua dimensi: DIMENSI HORIZONTAL & DIMENSI VERTIKAL


Add caption