Pages

Sunday, 1 April 2012

                               BAB 9: KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH


                             KEPADA: DR. AHMAD SAHIDAH

PENSYARAH SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA KUMPULAN C


         DISEDIAKAN OLEH: NUR FAEZAH BTE MUSLIM


Masalah merupakan suatu perkara yang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia dan merupakan suatu aspek yang tidak boleh dipisahkan dari manusia.  Setiap manusia tidak kira bangsa, agama ataupun pangkat pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah untuk melalui rencah kehidupan seharian mereka yang penuh cabaran.  Sesuatu masalah yang diberikan kepada setiap manusia merupakan ujian Allah kepada hamba-hambanya, ianya bergantung kepada manusia itu sendiri bagaimana ia menyelesaikan setiap masalah yang dihadapinya.  Setiap penyakit pasti ada ubatnya, begitu juga masalah, setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya sama ada penyelesaiannya bersifat negatif  ataupun positif. 
            Setiap hari manusia pasti akan membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka.  setiap masalah yang dihadapi adalah berbeza-beza mengikut situasi dan penyelesaiannya juga berlainan.  Satu perkara yang sama adalah bagaimana masalah tersebut diselesaikan.
 
DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses yang kognitif di mana pelbagai maklumat akan digunakan sebagai usaha untuk mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamat.  Torrence (1973), telah mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai:
            “ proses seseorang itu menjadi peka terhadap masalah dan ini menyebabkan seseorang individu itu mencuba untuk mencari jalan penyelesaian, mengubah andaian dan mengubah kehidupannya.”

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Setiap masalah yang dihadapi perlu diterima dengan penuh kesabaran, jika kita tidak sabar untuk menempuhinya, kita pasti akan berhadapan dengan tekanan hidup yang mungkin boleh menyebabkan individu-individu yang berkenaan mengambil tindakan-tindakan yang negatif kerana merasakan masalah yang dihadapi tidak mampu untuk diselesaikan.  Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat cirri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesaian masalah.  Terdapat empat cirri penting yang diperlukan dalam diri setiap individu bagi membolehkannya menjadi seorang penyelesaian masalah yang berkesan.  Ciri-ciri tersebut adalah:
*      Untuk menyelesaikan masalah kita perlu mempunyai motivasi yang kuat
-          Motivasi yang kuat diperlukan untuk menyelesaikan masalah bagi membolehkan individu tersebut dapat mengatasi setiap kesukaran yang wujud.  Mereka juga perlu bersikap positif dan tidak mudah mengalah dengan kesukaran yang dihadapi dan menganggap segala halangan yang wujud merupakan cabaran bagi membolehkan mereka untuk menyelesaikan setiap masalah dengan jayanya.

*      Mempunyai trait yang positif
-          sifat-sifat peribadi individu itu sendirilah yang akan membolehkannya mencapai kejayaan dalam menyelesaikan masalah yang wujud.  Mereka perlu bijak untuk mengawal emosi dan menunjukkan minat yang mendalam, perlu cerdik dan pintar, tidak mudah gentar dan mempunyai kepintaran yang mencukupi dengan mudahnya dapat memahami dan menangani masalah yang wujud.  Ini adalah kerana masalah yang rumit memerlukan pengetahuan yang saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi untuk menyelesaikannya.

*       Mempunyai jati diri
-          Individu penyelesai masalah itu sendiri perlu melihat dirinya sebagai seorang yang berkebolehan dan perlu sedar tentang kekurangan dan halangan yang akan dihadapi dalam menyelesaikan masalah.  Mereka perlu mempunai tahap keyakinan diri yang tinggi dan mampu menguasai situasi yang mungkin timbul.  Mereka juga perlu sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.

*       Membina Kemahiran
-          Penyelesai masalah yang berkebolehan akan menggunakan berbagai-bagai teknik dan model dalam menyelesaikan masalah yang wujud.  Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang telah dikemukakan iaitu model penyelesaian masalah yang menggunakan enam langkah (chang dan Kelly, 1993) dan model penyelesaian masalah yang menggunakan lapan langkah (Francais, 1990).

KATEGORI MASALAH
Terdapat enam jenis kategori masalah:
(I)                MISTERI
-          Situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa/ diharapkan

(II)             TUGASAN
-          Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas yang memperincikan kriteria2 yang perlu disertakan dengan objektif pencapaian.

(III)          TIDAK PASTI
-          Tidak tahu penyelesaian/jawapan kepada masalah tertentu mengikut situasi.

(IV)          DILEMA
-          Situasi yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.

(V)             PELUANG
-          Perkara yang paling penting tentang peluang adalah ia akan membawa keuntungan.

(VI)          KESUKARAN
-          Terdapat perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan.





KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Langkah 1: MENDEFINISIKAN MASALAH
Langkah 2: MENGKELASKAN MASALAH
Langkah 3: TENTUKAN OBJEKTF
Langkah 4: TENTUKAN UKURAN KEJAYAAn
Langkah 5: KUTIPAN DATA
Langkah 6: MEMBUAT KEPUTUSAN
Langkah 7: MELAKSANAKAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL


PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
Melibatkan proses empirical induktif:
(I)                Mengadakan  Hipotesis
(II)              MEngumpul Maklumat
(III)           Membuat Kesimpulan
(IV)           Penyelesaian secara kreatif/ lateral


PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN
Konsep kecerdasan emosi (EQ) tidak menekankan kepada kepintaran/ pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan cirri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. Salovey, menyatakan bahawa kecerdasan emosi mengandungi lima dominan utama iaitu:

(I)                Kebolehan mengetahui emosi sendiri
(II)              Kebolehan dalam meningkatkan motivasi
(III)           Kebolehan mengenal emosi orang lain
(IV)           Kebolehan menjalin persaudaraan



PENYELESAIAN MASALAH SECARA HUKUM ISLAM
Mempunyai 2 corak yang popular jika menggunakan penyelesaian secara islam
(I)            PENDEKATAN HUKUM
- Penyelesaian masalah islam yg bersifat rasional & intelektual.
-        Tegas & keras

(II)          PENDEKATAN SUFI
-         Bersifat moral & spiritual
-         Lembut & lunak
-      Memerlukan kefahaman tentang hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian.
-   Berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yg melibatkan dua dimensi: DIMENSI HORIZONTAL & DIMENSI VERTIKAL


Add caption





Wednesday, 21 March 2012



SweetKn Ngok Pic Kat atas Tu..hehehe…mesty Korg sUme Impikan seBuah Hbungan Yg Bhagia, RomantIk, waHhhh..N Of cOzlah Kita Jugak Mesty InginKn Sebuah HbgaN YG HALAL…


CCinta n KAsih sayang...memg dh Lumrah idUp maNusia yg selalu dahagakan Kasih sYg n cInta...tP kdg2 ciNta n kasih sayang tu Menyakitkan, menyedihkan n mengecewakaN...
Stndartlah lam sesuaTu hubungan, Mesti ada pasang Surut...n xsemestinya seTiap mse kite Bahagia...

BerGadO, MeNagis,KEcEwa, Sakit HAti tU semua dH sebati dlam diri seseOrang yg sedang Bercinta...Ye dakk?? Mse Tgah 
 BergadO...mesty Kaum Pmpuan Yg bnyak terasa Hati Kn....biaselah Pmpuan Ni lebih bereMosi berbanding lelaki....mereka Ingin dIpujuk n diberi perhatian...Bukan Nk mengade2..Just Nk merasakan yg dirinya lebih dihargai Oleh si Kekasih....



Bagi Yg sedg Putus cinta Or tlah dikecewakan, diowg mesti akan menganggap   Single Is bettr Than Couple....NO man NO cRY.. ..Hrumm...Lumrah hidup kn,langit x selaLUnya ceRah..Kadg2 Kita kt aTas,n kdg2 Kita kt Bwah..Kdg2 Kita BaHagia..N kdg2 Kita Berduka....



WaHai LelaKi..Ni haaa Nak Bgtaw Perkara-perkara Yang Perlu Kamu ketaHui tentang Wanita :

  • Gurl memg sUka merajuk, tp tu bukan bermaksud die mengada2, skit2 nk merajuk...tp yg dia mahu hnyalah ingin bermanja n mendapatkan perhatian. Memg kdg2 Pmpuan ni tamaK. tp diowg just Tamakkan ksih syg dri kekasih die..:P
  • Wanita yg Terlalu sygkan kekasihnya sanggup menOlak/ buang terus eGonya apabila bersemuka dengan org yg die cintai.
  • seKiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki tu akn sentiasa ad kt dlam fikirannya walaupun ketika dia sedg keluar dgn lelaki lain.
  • Satu Ucapan " Hi" sahaja Sudah cukup tOk memBuatkan hatinya ceria.
  • Bila seseoraNg peremPuan jtuh cinta, Lelaki tu xsemestinya ada segalanya..tp bgnya...lelaki tu adalah segala2nya di hatinya.
  • Bila Sorang peremPuan mengalirkan aIr mata..tu bUkan beerti die Lemah, tp die sedg mencari kekuatan utk terus tabah menyintai lelaki tu.
  • Bila die Marah, die memg xmaMpu nk Mengawal perasaanya, tp percayalah..die bukan berniat utk memarahi kamu...ttp die sgt mengambil berat n menyayangi kamu.
  • kaLau org Yg baru bercinta, semuanya indah n jarang sgt bergado..tp percayalah, semakin bertambah  syg mereka pd seseorang, semakin banyk pula pergadohan n pertelingkahan yg berlaku.
  • Bila perempuan mula berasa cemburu n tidak percayakan kaMu, bukan bermkna die xsYg...tp die terlalu sygkan anda...die masih menaggap kamu seperti anak kecil yg masih memerlukan perhatian.
  • selagi die dgn Kamu, percayalah..walaupun perempuan menganggap masih ramai lg lelaki yg lebih baik di luar sane...ttp dihatinya, kamu tetap yg terbaik
  • Bila perempuan berkata " tOlong tinggalkan Saya!" sebenarnya dia x bermaksud menyuruh kamu pergi tOk selamanya...die cuma maHu menenagkan fikirannya sekejap sahaja.
  • BIla die dh kembali tenang, percayalaH...dIe akn Mencari kaMu semula....itu tandanya, die benar2 mencintai kaMu..memg benar,perempuan memg sukar utuk mengawal perasaan, dia terlalu emosional...tp dialah insan yg sangat menyayangi anda n sgt sesnsitif dgn perubahan pd dri kamu.
  • Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
  • Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
  • Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. 
....Secara JelasNya, Pmpuan n lelaki ni memg perlu saling MelengkaPi antara saTu sama Lain.....Bnyk dugaan Yg perlu Kita TemPuh dlm aLam Percintaan..sUka dUka...seMua aKn jd kenangan Lam idUp kita nanti.....kdg2 Bile ade "Cinta Hati" tulah Yg membuatkan Kita semngt Untuk Meneruskan kehidupan Pd msa akn dtg...tp JGnlah Pulak abaIkan Cinta Pd TUhan, AyaH, EmaK. adK beraDik.......Kwn2...N sesiapa sJalah Yg ad kt dUnia Ni.. ^_-... So Pape Pn Yg terjadI lam SesuaTu Hbgan tU..kita Perlu tabah N sbar TOk hadapinya....Mngkin tu adalah slaH sTu Ujian N dgaan Yg perLu kite teMpuh.... :) n Kite Perlu Ingat Yg JdOh perteMuan semuanya Kat Tgn TUhan...Kita Hanya MamPU merancang...tp DIA yg menentukan segala2nya....So Chill....

            Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya ALLAH, ya TUHAN-ku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami melayari hidup ini, perkukuhkan yang sejahtera dan abadi.

        Tetapi ya ALLAH, seandainya telah ENGKAU takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya. Serta ya ALLAH ya TUHAN-ku yang Maha Mengerti, berikan aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah, agar aku bahagia, walaupun tanpa bersama dengannya.

       Dan ya ALLAH yang tercinta, gantikanlah yang hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah, walaupun tidak sama dengan dirinya. Ya ALLAH ya TUHAN-ku, pasrahkan aku dengan takdir-MU. Sesungguhnya apa yang engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku, kerana ENGKAU Maha Mengetahui, segala yang terbaik buat hamba-MU ini.Aku redha Ya ALLAH.

           Ya ALLAH, cukuplah ENGKAU sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia         dan akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini. Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Usah ENGKAU juruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.




Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, ke jalan yang ENGKAU redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh juga solehah.